Percutian di Langkawi 17 Mei - 19 Mei 2008, sepatutnya percutian bermula pada 16 Mei (Jumaat), tetapi disebabkan tertinggal flight di KLIA maka kami membeli semula tiket ke Langkawi keesokkannya iaitu 17 Mei 08. Perjalanan ke Langkawi ini penuh dengan dugaan yang tidak disangka-sangka selepas kami tertinggal flight pada hari jumaat malam sehinggalah pada hari sabtunya. Pada 17 mei juga penuh dugaan dari awal pagi sehingga la tengah malam hampir jam 1 pagi baru la sampai hotel diLangkawi. Perjalanan yang penuh duka di peringkat awalnya dan dengan kepayahan akhirnya sampai jua ke Langkawi. Sengsaranya la hanya Allah SWT sahaja yang tau, kepayahan yang kami hadapi. Segala keperitan perjalanan ke Langkawi akan diceritakan lebih lanjut di blog saya. Inilah pengalaman perjalanan yang menarik bersama anak didalam kandungan yang berusia 7 bulan lebih.
Dihadapan kedai tempat perusahaan gamat asli. Terdapat banyak produk yang berasaskan gamat dijual pada harga yang murah.
Dihadapan pintu masuk untuk ke "Under Water World Langkawi".
Dalam tempat kaca tu, adalah anak anaconda, macam ular sawa jer rupanya...
Eh...nampak kempis jer perutnya...
Spesis kuda laut, cantik sangat macam daun lak
ikan nemo...
Bot-bot untuk ke Langkawi Geopark.
Dihadapan pintu masuk ke Mahsuri. Bayaran RM5 seorang
Telaga Mahsuri, Air dari telaga nie pun ada dijual di dalam botol air mineral. RM1 jer harganya.