No. 249, Jln Nilai 3/13, Kwsn Perindustrian Nilai 3, N9
Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 Hijrah. Hari ini 29 Disember 2008 (Isnin) cuti 1 muharram.
Saya & suami, Ahmadenijad, mak dan kak Chik berjalan-jalan di Nilai 3. Kami memang nak pergi ke Nilai untuk mencari karpet yang gebu-gebu supaya kalau Ahmadenijad berguling-guling kepala dia tak sakit kerana ada karpet, entah la tu formula saya laaa... ada lak yang kata bila ada karpet dalam rumah boleh membawa kepada penyakit asma pada kanak-kanak kerana debu. Kalau dah berdebu tu kena la rajin-rajin vacum...tu jer penyelesaiannya.
Kedai karpet di Nilai 3, "BARYALI CARPETS". Tauke dia bagi harga murah bila beli banyak laaa... Mak beli 2 jenis karpet, saya pun beli 2 juga
Shahrose76 : Thanks berkunjung ke FP saya. nama baby tu saya yang letak, saya peminat pemimpin presiden Iran, tu yang letak nama anak Ahmadenijad. Dlm blog saya akan saya terangkan lebih lanjut tentang nama anak saya nie.