 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
  AHMADENIJAD AL-HARITS By: MIESHA JEPT
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 27-Mar-2009 13:39 |
Email | Share | Bookmark |
|
AHMADENIJAD MASUK PUSAT RAWATAN AZ-ZAHRAH
|
|
Hari Rabu, pada malamnya saya call suami nak dengar suara Ahmadenijad. Memang saya mendengar suara Ahmadenijad cukup ceria, banyak jer cakapnyer tapi saya pun tak faham apa yang dibebelkan olehnya...
Tak sangka pulak rupanya pada masa tu, Ahmadenijad berada di pusat rawatan az-zahrah dan dah 1 malam bermalam di pusat rawatan tersebut.Bermaksud dia dah masuk ke Az-Zaharah pada selasa (24 Mac 2009). Saya sangat terkejut, kerana malam sebelumnya saya tak call coz saya ada beberapa assignment yang perlu disiapkan segera pada malam tersebut.
Saya terkejut sebab Ahmadenijad yang saya dengar suaranya ceria rupanya berada di pusat rawatan. Saya dimaklumkan oleh suami, Ahmadenijad pada siang selasa tersebut bermuka pucat dan kakak ipar terus bawa ke Az-Zahrah, tetapi disebabkan wad kanak-kanak telah penuh jadi terpaksa membawa anak saya ke Putrajaya. Di putrajaya, anak saya diberikan oksigen dan dibenarkan pulang. Tetapi keadaan Ahmadenijad masih seperti sebelumnya, seakan sukar bernafas kerana sebelum nie dia sering deman dan selsema. Jadi banyak lendir di hidung dan paru-paru yang menyukarkan pernafasannya.
Malam tersebut (Selasa), sekali lagi Ahmadenijad di bawa ke Az-Zaharah, dan dia dimasukkan ke wad. Untuk memudahkan Ahmadenijad bernafas, lendir terpaksa dibuang, jadi dimasukkan tiub di hidung dan mulut Ahmadenijad.
Semalam (Khamis - 26 Mac 2009), pada petangnya Ahmadenijad dibenarkan keluar dari pusat rawatan Az-Zaharah. Tetapi keadaan Ahmadenijad belum sihat lagi, selsema masih ada. Harapnya semoga Ahmadenijad sembuh sepenuhnya, tanpa ummi disisi Ahmadenijad
Gambar nie semasa Ahmadenijad demam pada pukul 1.54 pagi (15 Mei 09 Ahad). Baru balik dari pusat rawatan Az-Zaharah. Badan Ahmadenijad panas sangat. Seminggu kemudian, selepas saya balik semula ke Kuching Ahmadenijad dimasukkan ke wad di Az-Zaharah (24 Mei 09).
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|